Hanya 3 minggu lagi, saya bakal menamatkan pengajian di IPG Kampus Darulaman. Keluar saya sebagai seorang bakal pendidik. Bakal murabbi. Saya sedar, tugas ini bukannya mudah untuk digalas. Ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang. Saya juga sedar, saya berada dalam lapangan kerjaya yang hebat. Lapangan kerjaya yang melahirkan generasi pembela diinullah. Generasi yang bakal memimpin negara tercinta.
Terfikir di benak ini" mampukah aku menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada diri ku ini. ? Adakah aku punya kesabaran untuk melayani kerenah generasi masa kini yang pelbagai jenis ?"
Sering kali soalan itu bermain-main di fikiranku. Membuatkan dirikutak keruan. Memikirkan apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang.
Sedang aku mencari-cari jawapan bagi soalan ini. aku terbaca karangan Dr Mustafa Masyur. Di mana aku tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi :
Sesungguhnya Jalan Dakwah Hanya Satu. Jalan Inilah Yang Dilalui Oleh Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat Baginda.
Demikian Juga Kita Dan Para Pendokong Dakwah, Sama-Sama Melaluinya Berpandukan Taufik Dari
Allah S.W.T
Berbekalkan kata-kata beliau,saya kuatkan diri saya untuk mengorak langkah dalam memulakan liku-liku perjuangan saya sebagai sang murabbi. Insyaallah semoga,Allah memberkati segala usaha yang dilakukan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan