15 Oktober 2010

Tugas Kita

Alhamdulillah. Syukur pada Allah Subhanahu wa Taala atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Saya kira sudah lama rasanya blog ini tidak berbicara. Mungkin kekangan waktu membuatkan saya tidak berkesempatan untuk berkongsi idea. Dan Mungkin juga kerja-kerja di IPG membataskan diri saya. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, sekarang saya tak banyak kerja lagi. Assignment pun dah habis siap.

Hanya 3 minggu lagi, saya bakal menamatkan pengajian di IPG Kampus Darulaman. Keluar saya sebagai seorang bakal pendidik. Bakal murabbi. Saya sedar, tugas ini bukannya mudah untuk digalas. Ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang. Saya juga sedar, saya berada dalam lapangan kerjaya yang hebat. Lapangan kerjaya yang melahirkan generasi pembela diinullah. Generasi yang bakal memimpin negara tercinta.

Terfikir di benak ini" mampukah aku menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada diri ku ini. ? Adakah aku punya kesabaran untuk melayani kerenah generasi masa kini yang pelbagai jenis ?"

Sering kali soalan itu bermain-main di fikiranku. Membuatkan dirikutak keruan. Memikirkan apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang.

Sedang aku mencari-cari jawapan bagi soalan ini. aku terbaca karangan Dr Mustafa Masyur. Di mana aku tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi :

Sesungguhnya Jalan Dakwah Hanya Satu. Jalan Inilah Yang Dilalui Oleh Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat Baginda.

Demikian Juga Kita Dan Para Pendokong Dakwah, Sama-Sama Melaluinya Berpandukan Taufik Dari

Allah S.W.T

Berbekalkan kata-kata beliau,saya kuatkan diri saya untuk mengorak langkah dalam memulakan liku-liku perjuangan saya sebagai sang murabbi. Insyaallah semoga,Allah memberkati segala usaha yang dilakukan ini.


03 April 2010

Mati itu pasti



terkadang ku terfikir dalam diriku ini,
apa ertinya ku hidup di dunia ini,
langsung tidak membantu islam
ataupun mencintainya,
usiaku makin bertambah
sedangkan amalan hidupku
masih di takuk lama
aku malu dan rasa hina
pada mu ya Allah
apakah mungkin aku ini bukan hambamu yang taat............

21 Mac 2010

Pengakhiran dunia

Andai denyutan jantung ini terhenti...disaat kita belum bersedia... apa yang akan terjadi seterusnya? bagaimanakah nasib kita di sana? Hidup di dunia hanyalah sementara, hanyalah tempat persinggahan untuk kita mempersiapkan diri ke alam yang kekal yang abadi.
Hingga hari ini, sejauh manakah kita bersedia untuk menghadapi saat itu? Pernahkah terfikir, andai tiba-tiba saja...langkah kita terhenti, dunia terasa sempit, hembusan nafas mula tersekat-sekat, denyutan jantung makin laju dan akhirnya terhenti tanpa sempat kita melafazkan lailahaillallah!?

Maka, terkakulah sekujur jasad manusia yang tidak lagi bernyawa. Disaat itu, terdengarlah tangisan sanak saudara yang menangisi pemergian kita. Adakah kita juga pada saat itu menangis? Menyesal dan kecewa kerana telah mensia-siakan kehidupan dunia atau pada saat itu kita gembira? berserah dan bertawakal kepada Allah setelah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dengan sebaik-baiknya di dunia ini.

Jika disaat kita dilahirkan, kita menangis dan mereka gembira...maka disaat kematian biarlah mereka menangis dan kita pula yang bergembira... gembira untuk bertemu sang pencipta yang Maha Agung. Isilah hari-hari yang mendatang dengan mencari bekalan akhirat. Insafilah kekurangan dan kelemahan diri agar kita sentiasa mengerti bahawa hidup ini adalah satu pengabdian.

Tidak ada kebahagiaan yang hakiki melainkan ketika berada di syurga abadi. Terlalu jauh rasanya untuk menggapai nikmat dan rahmat itu, semoga Allah sentiasa memberi kesempatan dan pertolongan kepada hamba-hambanya yang lemah lagi hina ini. Bersama-samalah kita sentiasa menyeru kepada perkara kebaikkan dan mencegah kemungkaran.