15 Oktober 2010

Tugas Kita

Alhamdulillah. Syukur pada Allah Subhanahu wa Taala atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Saya kira sudah lama rasanya blog ini tidak berbicara. Mungkin kekangan waktu membuatkan saya tidak berkesempatan untuk berkongsi idea. Dan Mungkin juga kerja-kerja di IPG membataskan diri saya. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, sekarang saya tak banyak kerja lagi. Assignment pun dah habis siap.

Hanya 3 minggu lagi, saya bakal menamatkan pengajian di IPG Kampus Darulaman. Keluar saya sebagai seorang bakal pendidik. Bakal murabbi. Saya sedar, tugas ini bukannya mudah untuk digalas. Ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang. Saya juga sedar, saya berada dalam lapangan kerjaya yang hebat. Lapangan kerjaya yang melahirkan generasi pembela diinullah. Generasi yang bakal memimpin negara tercinta.

Terfikir di benak ini" mampukah aku menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada diri ku ini. ? Adakah aku punya kesabaran untuk melayani kerenah generasi masa kini yang pelbagai jenis ?"

Sering kali soalan itu bermain-main di fikiranku. Membuatkan dirikutak keruan. Memikirkan apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang.

Sedang aku mencari-cari jawapan bagi soalan ini. aku terbaca karangan Dr Mustafa Masyur. Di mana aku tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi :

Sesungguhnya Jalan Dakwah Hanya Satu. Jalan Inilah Yang Dilalui Oleh Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat Baginda.

Demikian Juga Kita Dan Para Pendokong Dakwah, Sama-Sama Melaluinya Berpandukan Taufik Dari

Allah S.W.T

Berbekalkan kata-kata beliau,saya kuatkan diri saya untuk mengorak langkah dalam memulakan liku-liku perjuangan saya sebagai sang murabbi. Insyaallah semoga,Allah memberkati segala usaha yang dilakukan ini.